Friday, November 06, 2009

Can you feel the pain?

......................

Rows of houses, all bearing down on me
I can feel their blue hands touching me
All these things into position
All these things are one to swallow whole
And fade out again and fade out

..............................

Best book song for Orwell's Animal Farm (no?)

Come on..give it a guess..

Flies are buzzing around my head
Vultures circling the dead
Picking up every last crumb
The big fish eat the little ones
The big fish eat the little ones
Not my problem give me some

You can try the best you can
If you try the best you can
The best you can is good enough

This one's optimistic
This one went to market
This one just came out of the swamp
This one dropped a payload
Fodder for the animals
Living on an animal farm

Thursday, November 05, 2009

Belajar dari cerita India






Ketiga-tiga ini punya satu persamaan yang nyata. Ketiga-tiganya bercerita tentang India. Tapi jangan jump to conclusion. Saya bukanlah tergila-gilakan sangat buku atau cerita tentang India. Malahan filem Hindustan adalah antara perkara yang paling saya benci dalam hidup saya.

Ketiga-tiganya lucu dan mampu membuatkan kita ketawa barangkali sampai terlepas angin. Namun dalam seronok bersuka-suka, ketiga-tiganya boleh membuatkan kita berfikir dan belajar tentang pahitnya hidup di negara Taj Mahal itu.

Dalam Slumdog, kita pasti ketawa dengan adegan Jamal yang sanggup meloloskan diri dengan terjun ke dalam lopak najis semata-mata kerana mahu bertemu Amitha Bachan. Kemudian kita akan terfikir balik, damn, what kind of backward place would have shit hole that could let loose a growing child into poodles of raw shit underneath? Di India tak ada IndahWater kah? Lebih sedih lagi apabila kita tahu bahawa setelah anak ini bersusah payah, Salim, abang Jamal telah menjual 'cenderahati' Jamal kerana duit yang kemudiannya diberikan kepada ibu mereka untuk membeli keperluan.

Melalui mata Dave dalam Are You Experienced?, kita mungkin ketawa apabila membaca tentang sakit perutnya dan semua perkara berkait dengan spinchster dan apa yang keluar melaluinya. Kemudian kita akan terfikir balik, what kind of place could give you such torturous pain for a bite of burger? Jual daging anjingkah? Atau gagak? Atau bangkai?

Dan tak perlulah saya hendak mencungkil The White Tiger. Buku tersebut memang layak memenangi hadiah Booker. Saya rasa saya tidak pernah belajar begitu banyak tentang sosial pincang dan politik rosak India berbanding dengan sebelum membacanya.

Sekarang, saya mahu tanya, pernahkah anda membaca karya berbahasa Melayu yang mampu memberikan kesan yang serupa? Sebuah cerita yang membuatkan anda ketawa (benar-benar ketawa), menangis, kecewa dan belajar sekaligus.

Saya perlukan sebuah cerita yang jujur dan tidak berselindung, tanpa watak-watak tidak realistik yang tidak pernah hidup, bukannya cerita yang sama sama sama dengan watak yang serupa serupa serupa.

Kepada novel dan filem yang sama serupa sebegini, saya cuma ada satu kata.

POYO.














---------------------------------------------------------------

Berhentilah menghidangkan kami dengan buku-buku dan cerita-cerita yang POYO. Berilah kami, rakyat jelata ini sesuatu yang lebih marhaen. Lebih pandai lagi kalau kami boleh ketawa sambil mengenang-ngenang hidup kami yang pahit dan tertindas ini. Hiburkanlah hati kami tapi jangan pisahkan kami dari realiti.

Gula-gula cuma merongakkan gigi dan menggemukkan anak-anak kami. Kami pohon didengari dan difahami. Kami pohon pembelaan yang jitu, tanpa niat busuk ala-ala udang di sebalik batu.
Besar sangatkah permintaan kami?

Janji yang kosong lagi bodoh

Biarlah jika orang kata saya penyokong dan bukan pendukung. Tak apalah. Bagi saya itu tidak sepenting mana.
 
Ahli-ahli politik apabila bercakap dan bersidang, kerapkali terlupa (atau MEMANG TAK AMBIL TAHU LANGSUNG) bahawa masih ada rakyat yang tidak makan. Masih ada anak yang keciciran atau masih ada nenek yang memerlukan bantuan.
 
Inilah luka rakyat. Berpolitik sampai mampus pun kalau seorang nenek pun tidak dibantu memang melampau.
 
Lihat sini. Gambar di atas pun diambil dari laman yang sama tanpa kebenaran.
 

Muhasabah dalam musibah

Suami saya pernah menyebut, katanya kalau kita ditimpa musibah apa yang perlu dibuat bukanlah menundingkan jari terhadap orang lain. Sebaliknya yang pertama-pertama yang patut dilihat adalah diri sendiri. Barangkali Tuhan wants you to slow down. Barangkali kepala kita 'dihantukkan' supaya kita ingat kembali dengan hakikat diri yang kosong tidak berkuasa dan tiada daya upaya. Sedarkanlah diri. Segala ilmu yang ada itu dipinjamkan Tuhan. Malahan di atas dunia ini pun, hakikatnya tiada satu benda pun kepunyaan kita.
 
Dan dalam kesekian sejarah pun sudah tertulis, manusia apabila sudah berada di puncak dunia amatlah mudah menjadi lupa. Dan apabila lupa kita senang sekali melukakan hati orang-orang lain. Dan kadang-kadang hati-hati yang terluka itu akan mendoakan kejatuhan kita atau kalau dia baik hati, dia akan doakan agar Allah berikan kita pengajaran.
 
Saya tidak menunding kepada sesiapa. Ini general. Kalau dulu anda pernah gemilang dan kemudian jatuh, berguling atau tertiarap, duduklah semula, kemudian muhasabahlah diri dengan ikhlas. Muhasabah kalau hati masih riak dan takabur dengan kelebihan diri konon (baca: pinjam), pun tak akan ada gunanya.
 
Jangan tenggelam dengan labu-labu anda!
 
P/s: Lebih sukar untuk kekal di atas, berbanding mendaki ke atas. Tak percaya cubalah panjat Gunung Kinabalu dan lihat berapa lama anda boleh stay di puncaknya.
 
**Apparently, itu bukan gambar Kinabalu. Gambar Fuji-san diambil dari sini tanpa kebenaran.

Tuesday, October 27, 2009

A news that won't make your day

Ya Allah... Prayers to all the 22 children in Sg Kampar, Perak.
Tuhan. Selamatkan mereka.

According to Bernama,

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lepas bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.
Zambry responded,

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu.

"Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya.

Appalled and horrified we are, indeed. Are you thinking what I am thinking??

Friday, October 23, 2009

Selamatlah sayang..

Selamatlah sayangku..
Bahagialah engkau di taman-taman indah
Bersama bidadari-bidadari syurga
Pengganti ibu dan bapamu

Selamatlah sayangku
Tinggalkan perit dunia
Senyumlah semula
di mana saja kau berada
Gembiralah sayang
deritamu berakhir sudah
Gembiralah kamu di sebelah sana..

Al-Fatihah untuk Aaliyah Aiman Hussin Abdullah dan mangsa-mangsa kes-kes penderaan yang seperti tidak menunjukkan apa-apa penurunan. Air mata kita mengalir lagi. Untuk apakah disakiti anak-anak yang kecil mulus tidak berdosa? Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau tunjukkanlah jalan untuk kami mengatasi masalah ini. Sudah tidak terdaya lagi rasanya hendak menahan sebak dan luka.

Dan kemudian kedengaranlah suara seorang menteri bergendang pongpangpong pang. Dari waktu dia mula memegang kuasa dan amanah yang sedikit itu kemudian tidak berkuasa dan kini berkuasa semula, kes-kes sebegini macam semakin galak menggila, bukan sebaliknya. Aku sudah jadi naik muak dan juak dengan pongpangpongpang nya yang menyakitkan telinga tanpa sebarang hasil.

Dan lihatlah juga betapa sesetengah kita seperti tidak heran dengan tragedi anak kecil ini. Sedarkah kalian, ini adalah indikasi bahawa masyarakat kita sedang mengalami penyakit sosial yang kronik?? Apa lagi yang boleh kita simpulkan bila kita dengar ibunya yang Melayu Islam telah tinggal bersama dengan teman lelaki warga Sudan selama lebih setahun? Apa lagi yang dapat simpulkan apabila kita dengar bagaimana gadis kecil 3 tahun ini diperlakukan?

Sudahlah berAnuar. Sudahlah berartis. Sudahlah berAF. Lebihkanlah simpati dan empati. Bukalah mata dan jangan pekakkan telinga. Sudahlah membisukan mulut tanpa kata. Perhati-perhatilah jiran-jiran di sebelah anda. Siapa tahu, anda mungkin menyelamatkan nyawa.

Tuesday, October 20, 2009

Cantik nyaa!! - Foodscapes by Carl Warner

Nikmatilah seni indah kurnian Tuhan.
Mudah sekali untuk terpana dengan kesabaran jurufoto dalam 'mengarang' seninya.
Mungkin foto (malah entri ini sekalipun) tidak ada apa2 point, tapi foto-fotonya indah sekali.
Aku kagum.
Apa-apa pun. Sekadar berkongsi. Hope you enjoy the photos.

Carl says: "Although I'm very hands-on, I do use model makers and food stylists to help me create the sets. I tend to start with a drawing which I sketch out in order to get the composition worked out"

Lihat sini dan juga sini.

Friday, October 16, 2009

Regaining momentum

I seemed to have lost any momentum to read after the rather long break.
But thanks to dear sister(you're a lifesaver!!) for lending me this, I am now officially back on track.

The blurb at the back said,

Dave travels to India with Liz because he thinks he might be able to get her into bed.

......Irresistible, isn't it? And the MGR lookalike is PRACTICALLY TO DIE FOR.

Halfway through now and going.

Wednesday, October 07, 2009

BAS


*Tedeng..tedeng..jeng jeng jeng jeng..*

....Lapan tahun tunggu bas tak sampai
Akhirnya aku pergi jalan kaki....


Cool gila. Macam ni pun boleh jadi lirik lagu..

* imej dari http://www.rise.org.au/info/Applic/Fuelcells/transport.html?PrintFriendly=1